GymCademy, Child Development Centre merupakan sebuah pusat terapi kanak-kanak yang menawarkan sesi terapi untuk anak-anak tipikal dan istimewa dari usia 1 - 15 tahun. Berbeza dengan pusat terapi lain, tujuan utama kami adalah perkongsian ilmu agar ibu bapa boleh melakukan intervensi awal dirumah sendiri.
Kami di GymCademy menyediakan pelbagai servis terapi anak-anak terbaik untuk anda sekeluarga
Membuat penilaian perkembangan anak anda secara menyeluruh agar anda dapat kenalpasti tapa perkembangan milestone anak anda.
Sesi terapi secara individu atau sesi 1-to-1 antara terapis kanak-kanak kami dan anak anda. Sesi individu dilakukan agar perhatian dan intervensi lebih dapat diberikan kepada anak anda dalam masa 1 jam sesi terapi.
PECS atau Picture Exchange Communication System merupakan servis yang ditumpukan kepada pelajar-pelajar non-verbal. Anak-anak diajar untuk berkomunikasi dengan cara alternatif melalui penukaran gambar.
Merupakan satu projek dibawah naungan GymCademy, yang mengfokuskan penghasilan produk perkongsian ilmu. Bagi menyahut moto kami "The Gym That Teach", projek ini ditubuhkan agar penyebaran ilmu oleh kami dapat dilakukan dengan lebih meluas lagi.